gg
jom like kalau suka
Monday, 17 September 2012
sicilik Sophia Grace & Rosie yang terkenal di Britain
Sophia Grace & Rosie at the VMAs
MEREKA mencipta nama sebagai dua kanak-kanak Britain yang comel dan menjadi terkenal kerana membuat persembahan lagu Nicki Minaj, “Super Bass” di Youtube.
Kini, Sophia Grace Brownlee dan Rosie McClelland menjadi pewawancara di acara karpet merah selepas status mereka mendapat perhatian selebriti.
Penyanyi cilik itu dihantar ke Anugerah Muzik Video MTV oleh hos rancangan bual bicara, Ellen De Generas untuk bertanyakan soalan yang agak tidak menyenangkan kepada selebriti terkenal.
Penyanyi remaja Miley Cyrus juga tidak menyangka mendapat soalan daripada si comel berdua tetapi tetap gembira untuk berhenti seketika dan berbual dengan mereka.
Bekas bintang Disney bergaya untuk anugerah itu tetapi tetap mengambil masa untuk memuji gaun biru yang dikenakan oleh pewawancara kecil itu.
Remaja berusia 19 tahun itu belum lagi akan diwawancara oleh dua gadis kecil itu tetapi ketika hampir kepada mereka, dia berkata: “Saya lihat video awak setiap masa, awak berdua sangat comel.”
Sophia dengan cekap terus menyoal Miley dengan memujinya terlebih dahulu dan berkata: “Saya suka gaya rambut awak, awak rasa kami perlu menukar gaya rambut kami?”
Miley menjawab: “Tidak, jangan potong rambut awak. Rambut awak cantik dan biarkan ia panjang seperti puteri kecil.”
Tetapi, tidak lama kemudian, mereka mula bertanyakan soalan “berbahaya” dan mengorek rahsia penyanyi seperti seorang pewawancara profesional.
Selepas meminta untuk melihat cincin pertunangannya, Sophia bertanyakan Miley dan tunangnya Liam Hemsworth bila mereka akan berkahwin.
Jelas sekali Miley tidak menjangkakan soalan itu lalu berkata: “Saya tak tahu lagi. Oh, Tuhan! Awak berdua memang bagus.”
Sophia membuktikan dia bukan saja seorang yang petah, tetapi dia juga mempunyai suara yang baik dan menyanyikan lagu “You Don’t Know My Name” di hadapan Alicia Keys, 31.
Alicia terus menyanyi bersama bintang kecil itu dan turut menari.
Kedua-dua gadis kecil itu gembira dapat bertemu dengan Nicki Minaj yang sebelum ini ditemui dalam rancangan Ellen DeGeneres.
Sebaik saja Rosie mengumumkan, dia nampak rambut palsu Nicki berwarna blonde, penyanyi rap itu segera menemui mereka.
Mereka memberi Nicky satu lencana kecil yang mempunyai wajah Ellen dan Nicky berkata: “Awak berdua si kumbang kecil ini memang kelihatan comel dengan gaun biru dan saya akan jumpa awak berdua sebentar lagi, okey?”
Sophia dan Rosie juga mewawancara penyanyi dari Britain, “The Wanted” yang semua anggotanya memakai sut hitam.
Penyanyi rap dari Korea Selatan, Psy juga meluangkan masa lima minit mengajar dua gadis kecil itu bagaimana untuk menari tarian dalam single popularnya, “Gangnam Style.”
Dua kanak-kanak riang itu turut meminta derma untuk dana kolej mereka dengan menghulurkan tabung kepada beberapa bintang, termasuk Gotye dan Tom Petty.
Hos MTV VMA Kevin Hart, mungkin makan terlebih gula selepas diberikan segenggam gula-gula oleh dua kanak-kanak itu sebagai meraikan musim ke-10 rancangan Ellen Degeneres.
Selepas sehari suntuk yang menggembirakan di acara anugerah itu, Sophia dan Rosie kembali ke rancangan Ellen untuk menceritakan pengalaman mereka.
Hos rancangan bual bicara itu turut gembira kerana episod pertama dalam musim terbaru rancangan itu mendapat rating tertinggi sejak musim 2006-2007.
Pemenang Anugerah Emmy itu telah menjemput Simon Cowell dan Britney Spears dalam rancangannya dan akan menjemput lebih ramai lagi bintang, akhir tahun ini.
sumber
Labels:
news tvsyok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment